Kata Pakar : Cara Terbaik Untuk Memakai Minyak Wangi

Dah Tau Dah !?

Coco Chanel pernah berkata bahawa seeloknya seorang wanita mengenakan minyak wangi di kawasan yang mana dia ingin diciumi. Mungkin benar di Peranchis dan gaya hidup para wanita disana maka pandangannya begitu. Panduan agama kita pula tidak menggalakkan niat sebegitu , walau bagaimanapun saya guna pandangan beliau cuma untuk perbincangan blog ini. (Jika tidak salah disisi agama, kalau ada antara pembaca yang lebih arif mohon share pengalaman dan ilmu untuk kebaikan semua)

Pulse Points.


"Pulse Points" adalah kawasan di mana saluran darah berada paling dekat dengan kulit. (Kawasan dimana berpuncanya haba) Kata Pakar "Minyak Wangi" haba badan ini boleh bantu membawa aroma wangian dari kulit anda ke udara.

Semburlah minyak wangi anda di kawasan pergelangan tangan, pangkal tekak, di belakang cuping telinga, di belakang lutut dan di bahagian dalaman siku. Bila anda mengenakan minyak wangi disitu sepanjang hari, ia akan bertindak balas dengan haba badan anda dan terus mengeluarkan haruman.

Admin Dulu Tak Tau..Skarang Dah  Tau Dah!

Contoh Cara Mengenakan Perfume


Menggunakan minyak wangi memang cukup mudah - Minayak Wangi boleh disembur, di dab dabkan,diroll roll kan atau disapu sapukan. Kami juga biasa dengan minyak wangi yang berbentuk padu (balm), cara penggunaaan minyak wangi sebegini adalah sapuan.

TERUSKAN BACAAN DI BAWAH Lepas anda layan VIDEO KAMI





Kata Pakar : Cuba elakkan tabiat menggosok pergelangan tangan selepas aplikasi, katanya cara begini sebenarnya "menghancurkan" aroma dan tidak sama sekali membantu dalam memanjangkan hayat kewangian si pemakai.

Dari penyelidikan kami dapati ramai juga wanita suka sembur minyak wangi mereka ke udara dan kemudian berjalan melaluinya. Agak berfungsi juga perlakuan ini, tapi jika minyak wangi anda berharga agak tinggi , saya berpendapat mungkin sayang kerana ada sedikit pembaziran minyak wangi diudara begitu. Not my personal favourite when pakai wangian yang mahal.

Anda sudah sertai kaji selidik kami? Untuk kaji selidik ini kami tidak mengumpul langsung maklumat anda, cuma pandangan sahaja yang membantu kami dalam mengeluarkan maklumat maklumat yang sahih. 

Tips : Sentiasa gunakan minyak wangi sebelum mengenakan pakaian maupun barang kemas anda. Ada sesetengah wangian akan meninggalkan kesan kekal pada kain, logam, dan mutiara.

Pewangian Rambut


'Misting' rambut anda dengan wangian juga boleh meninggalkan bau yang lembut di bahagian belakang anda. Bagi teman yang memilih untuk mendekati anda pasti akan dapat bau yang harum dari anda. Tetapi jangan pula sembur minyak wangi di rambut yang baru dibasuhi, takut rosak juga rambut tu. Minyak wangi mengandungi kandungan alkohol yang jika disembur dari jarak dekat dan kerap boleh mengeringkan rambut. Sekiranya anda ingin wangi di rambut semburnya dari jarak yang jauh atau gunakan pada sikat terlebih dahulu sebelum menyikat rambut.


Tip Pakar : Fragrance to Last Longer


Antara helah untuk membantu wangian anda bertahan lebih lama, kata pakar gunakan pelembap bebas wangi di badan. Bau mudah hilang pada kulit kering. Kelembapan pada badan boleh membantu panjangkan hayat minyak wangi anda. Admin berpendapat anda juga boleh guna Vaseline sebagai pelembap badan. Sapunya dahulu ke kulit anda sebelum menyembur minyak wangi. Titisan minyak wangi itu akan berpaut kepada Vasoline (petroleum jeli) dan tidak serta merta mengusap ke liang roma anda. Cara begini boleh mengurangkan keperluan untuk menyembur semula wangian sepanjang hari.

Losyen badan yang tidak punyai wangian juga boleh digunakan selain menggunakan jel badan Sembur sahaja Eau De Parfum keatasnya. Gabungan produk ini akan membantu dalam mengekalkan haruman sepanjang hari. Cubalah! Kalau anda punyai pengalaman yang boleh membantu Komen sahaja di bahagian bawah blog ini.

Salam Mewangi Selalu
Jika blog ini membantu anda, saya mohon bantuan anda untuk edarkan maklumat ke rangkaian sosial anda pula.

Share this:

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment